Tuesday, 3 June 2014


Pokok Dan Hantu





Selain rumah kosong, pokok juga dipercayai menjadi tempat tinggal hantu atau makhluk halus.Ada pokok yang menjadi tempat tinggal makhluk halus ada juga yang menjadi tempat tinggal pontianak atau pocong.Malahan mungkin diantara anda semua pernah ada pengalaman menjumpai pontianak sedang bertenggek di atas dahan pokok?

Dibawah ini adalah beberapa jenis pokok yang di katakan oleh orang tua dulu-dulu yang di geruni dan menjadi tempat tinggal hantu.Silahkan baca dengan teliti pokok-pokok yang menjadi tempat tinggal hantu ini.

Pokok Beringin


Pokok beringin adalah tempat kesukaan makhluk halus (Genderuwo),Terutama beringin yang sudah tua dan mempunyai janggut (akar yang berjuntaian). Bila kita mematahkan janggut 
beringin tersebut dan kebetulan pokok beringin itu di huni makhluk halus maka kita akan terus sakit dan bila lambat diubati kepada orang pintar mungkin nyawa taruhannya.


Pokok Sukun


Pokok ini biasanya menjadi tempat tinggal pocong.
Pokok Ara

Pokok ara yang mirip dengan pokok beringin merupakan tempat tinggal bagi segala macam jenis hantu.

Pokok Kekabu

Pohon kekabu atau kapuk merupakan pokok yang menjadi tempat tinggal puntianak.

Pokok Ciku

Pokok ciku adalah tempat tinggal puntianak dan genderuwo maka dari itu jika sudah memasuki waktu azan maghrib elakkan pokok ini kerana biasanya pada masa itu, hantu penunggu pokok ciku sedang berkeliaran.

Pokok Saga
Tidak diketahui menjadi tempat tinggal hantu apa tapi pokok ini dipercayai menjadi tempat tinggal hantu.Kesan dari pokok ini yang tua dan menyeramkan memang sesuai menjadi tempat 
hantu.

Pokok Asam Jawa

Pokok Asam Jawa biasanya menjadi tempat tinggal pocong atau puntianak terutama pokok yang umurnya sudah bertahun-tahun.

Pokok Pisang
Pokok pisang (pokok pisang yang berkumpul serumpun) merupakan tempat tinggal puntianak dan pocong.

Pokok Buluh
Pokok ini menjadi salah satu tempat yang disukai oleh puntianak.Pernah suatu masa di kampung saya ada pemandu teksi melihat puntianak sedang duduk di atas pokok buluh.Harus di ingat, pokok buluh yang saya maksudkan adalah pokok buluh biasa bukan pokok buluh kuning kerana buluh kuning ialah penolak bala jadi pasti pokok buluh kuning di takuti oleh hantu.

Pokok Nangka

Pokok nangka juga dipercayai sebagai tempat tinggal hantu.

Pokok Bacang

pokok ini biasanya dijadikan tempat bermain toyol.Buah dari pokok bacang hampir sama dengan buah mangga, cuma buah bacang bentuknya lebih bulat dan seratnya banyak.

Bila di persekitaran tempat tinggal anda ada pokok-pokok yang di atas, elakkan melalui dibawah pokok tersebut pada malam hari ataupun jika terpaksa.Jangan lupa membaca doa dan meminta perlindungan kepada yang maha kuasa agar terhindar dari gangguan makhluk halus.



Kredit : Alam Cyber

Sunday, 2 June 2013

Semilir

TELAH KITA CARI KETENANGAN
DARI PADANG-PADANG HATI
UNTUK MERAWAT KESAKITAN 
YANG LAMA TERPENDAM.
ATAU BARANGKALI
KESULITAN BEGINI
MENGEMBALIKAN KITA 
MERINDUI IKATAN KASIH-NYA.
TELAH TERAGAK JAUH KITA TERPESONG
MELENTURKAN GERAK GUNDAH
YANG TAK PERNAH DARI MEMBERI
PAYAH GELISAH..
DEMIKIANLAH PAYAH 
UNTUK MENINGGALKAN
PELABUHAN....
DIMANA SUNYINYA TERBALUT
DAN TERASA AMAN-NYA
DAMAI....


Saturday, 1 June 2013

Hai,Stalkers!!Entry kali ne aku cuba untuk berkongsi apa yang sedang bermain di minda pada saat aku di selimuti berjuta persoalan yang memerlukan ketahanan hati yang jitu untuk diselami & kekuatan akal untuk berfikir secara rasional dalam mencari jawapan tanpa ada sedikit pun pemikiran-pemikiran songsang yang memungkinkan aku untuk membuat penilaian yang salah serta akan mengusutkan lagi keadaan yang sudah sememangnya meruncing.Adakalanya,untuk nampak sempurna di mata yang melihat,aku terpaksa menjadi orang lain yang aku sendiri merasa tidak terlalu selesa berkeadaan seperti itu.Aku cukup berusaha untuk memuaskan hati semua pihak walau pada kebiasaannya,pandangan serong pula yang akan dilontarkan kepadaku.Aku sudah terbiasa dengan perkara itu.Dan aku mula memahami sikap manusia yang satu ini.Untuk hidup dalam matriks yang terlalu sulit untuk difahami,sebagai entiti yang mempunyai berbagai-bagai perwatakan,amatlah sukar untuk dicukupkan segala permintaan rohani apalagi untuk memenuhi segala keperluan untuk kita zat wujud yang bernama 'manusia'.Akan ada saja omelan-omelan kecil sebagai tanda protes bila segala keinginan tidak dapat dipenuhkan.
 Bukanlah niat aku untuk menganggap tiadanya tanda kesyukuran di dalam hati kita apalagi menganggap semua manusia lainnya adalah lebih teruk jika dibandingkan dengan diriku tapi aku terkadang sedikit terkilan kerana tidak dapat untuk mengubah segala kesulitan-kesulitan yang ada dalam diri mereka yang telah ku akui kewujudannya sebagai makhluk Allah yang terlalu ku inginkan untuk bersama di dunia & di akhirat kelak.Aku tahu aku bukanlah salah satu dari para wali yang terpilih untuk mengubah haluan hidup mereka yakni insan yang ku hargai keberadaannya,tapi sekurang-kurangnya aku sudah semakin pulih dari kesesatan terdahulu yang pernah aku lakukan dan aku bangga & bersyukur kerana masih diberi sedikit peluang olehNya untuk mengubah keadaan aku kepada yang lebih baik dan aku berharap agar dapat memberi sedikit cahaya buat mereka yang selalu bertakhta dihatiku.Aku berharap aku dapat menimbulkan kesedaran didalam hati mereka dan aku juga berharap mereka mampu untuk menilai apa sebenarnya yang cuba aku lakukan.
 Aku tahu,mereka masih menganggap aku belum cukup layak untuk mempersoal apa yang berlaku di dalam hati mereka tapi mereka harus tahu kerana terlalu memikirkan mereka,aku kelihatan seperti seorang anak yang kecil,yang berperwatakan seperti tidak matang sepenuhnya.Mereka tidak sedar tentang aku yang selalu bermain dengan perasaan sendiri bila mereka meminggirkan aku secara sengaja ataupun tidak.Mereka tidak pernah tahu tentang aku yang gelisah bila mereka berdiam & mereka tidak pernah tahu tentang aku yang minda berkecamuk bila mereka tidak untuk mencuba menyelami isi hatiku.Kerana perhatian dan pemahaman yang kurang dari mereka,pertelingkahan selalu terjadi bila kemuafakatan dalam mencipta keharmonian tiada lagi wujud dan aku selalunya sudah menjadi kebiasaan untuk menjadi sebagai objek yang patut dipersalahkan.Untuk tidak mengeruhkan keadaan,aku yang tidak pernah difahami isi hatinya berusaha untuk memulihkan keadaan.Walau aku tahu mereka banyak melakukan kesilapan dalam membuat penilaian,aku terpaksa akur dengan keadaan yang memerlukan aku meruntuhkan sedikit keegoan untuk memastikan semua dalam keadaan yang menceriakan demi nama sebuah perhubungan yang di panggil sebagai 'Hablumminannas'.
 Untuk seketika,seperti hari-hari sebelumnya,aku sering terfikir;Mengapa mereka mudah menghukum tanpa menadili?Mereka mudah menjatuhkan hukuman tanpa memberi sedikit peluang untuk aku mengisahkan  cerita yang sebenar.Mereka tidak pernah tahu tentang aku yang kecewa dengan tingkah mereka yang terlalu cepat melatah dalam mendepani satu-satu permasalahan.Tidakkah mereka terfikir bahawa tidak selamanya mereka di pihak yang benar dan aku bukanlah selamanya di pihak yang salah.Aku mengaku telah kerap melakukan kesalahan tapi untuk berlaku adil,mereka juga patut akui akan kesalahan yang mereka lakukan.Menutup kesilapan dengan menyalahkan pihak yang lain bukanlah penyelasaian terbaik.Itu malah memungkinkan perbalahan semakin meruncing dan keputusan-keputusan yang meragukan mungkin akan terlaksana.
 Akhir sekali,aku berharap mereka mulai memahami apa sebenarnya yang aku harapkan.Semoga mereka lebih bertoleransi dan lebih memahami.Harapanku juga semoga segala kecelaruan yang timbul dapat ditangani dengan lebih bijaksana agar suatu perhubungan yang lebih erat dapat disempurnakan sekaligus merialisasikan kebahagiaan yang telah menjadi harapan kepada kedua  pihak diantara aku dan mereka....

Thursday, 7 March 2013

Bila Jari-Jemari Bergoyang

 Hari ni pada tanggal 06/03/2013 pukol 12:05 malam,aku seperti biasa selepas saja pulang dari bertugas,masuk ke dalam bilik dan terus menghadap komputer yang dah sekian lama menjadi teman pengisi waktu-waktu yang terluang.Selepas saja butang 'On' pada komputer ku tekan,

Monday, 4 March 2013

Minda!! Minda!! Minda !!

Untuk post kali ne,aku nak kongsikan sedikit kata-kata mutiara yang pernah diungkapkan oleh orang-orang yang ternama seperti Aristotle,Horace,Socrates dsbnya..Let's Roooooooooooooockkk!!!!!!


1.Ada dua golongan manusia di dunia;satu yang berfikir & bekerja sementara yang satu lagi yang mendapat nama daripada kerja orang lain.
                                                                                                                                  (Dwight Morrow)

2.Pengalaman adalah nama yang diberikan oleh setiap orang kepada setiap kesalahan dan kesilapannya.
                                                                                                                                      (Oscar Wilde)

3.Jangan bertengkar dengan perasaan marah ataupun meninggikan suara,sekalipun anda tahu anda berada di pihak yang benar.
                                                                                                                                          (W.Philips)

4.Tidak melakukan kesilapan bukanlah manusia namaya,tapi daripada kesilapan kita sepatutnya menjadi lebih bijaksana pada masa hadapan.
                                                                                                                                           (Voltaire)

5.Orang yang tidak mengasah mindanya dengan membaca,terlepas banyak peluang keemasan dalam hidup.

Thursday, 22 November 2012

CARA NAK MELIHAT KEMBAR QARIN ANDA


Cara Nak Melihat Kembar Ghaib Kita.

Anda pernah dengarkan yang kita mempunyai kembar ghaib/Qarin?

Berikut adalah cara untuk melihat Qarin :

Ada 8 langkah:

1. Cabut 7 helai rambut kepala.

2. Ambil 7 potongan kuku tangan atau kaki.

3. Letakkan semua di atas sehelai kain putih (apa saja, yang penting putih).

4.  Gulung  kain putih yang ada isinya tadi.

5. Ambil limau nipis, satu saja, perah airnya hingga habis.

6. Air perahan tadi anda titiskan pada gulungan kain putih.

7. Gulungan kain tadi anda letakkan di taman atau halaman rumah, atau di mana saja yang penting dekat pagar rumah, kalau boleh jangan bagi orang lain tahu, tak perlu ditanam letak saja di antara tumbuhan.

8. Tunggu 7 hari, sehingga Qarin anda datang, hingga malam kelapan, dia boleh muncul di mana saja, cuma munculnya sepintas, biasanya kembaran itu meniru apa yang sudah pernah kita kerjakan atau yang akan kita kerjakan, dia tak boleh dilihat  orang lain, cuma kita sendiri.

P/s : Jangan takut! Dia pun makhluk Allah!





Credit to Blog Mazer



Tuesday, 20 November 2012

MIMPI ABU YAZID MEMERINTAHKANNYA KE GEREJA

Abu Yazid Al Bustami seorang ahli Sufi yang dikejutkan oleh mimpinya 
supaya pergi ke gereja Samaan. 
Tiga kali mimpinya itu berulang. 
Lalu ia bersiap dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya. 
Ia masuk ke gereja Samaan tanpa diketahui oleh Paderi-paderi yang hadir. 
Dia bersama-sama paderi lain menanti kedatangan ketua Paderi. 


Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. 
Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. 

Katanya, ” ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini!!!”