welcome

Wednesday 30 May 2012

Puisi kuatrain Nostradamus (Pantun 4 kerat)




Assalamualaikum wbt,

disebabkan kelewatan saya meng-update artikel . insyaAllah saya akan ketengahkan beberapa artikel yang menarik dari sahabat-sahabat saya untuk dikongsikan disini semula. hari ini mari kita berkongsi sesuatu tetang Puisi Kuantrain Notradamus.

Credit :MF

Nostradamus atau nama sebenarnya, Michel de Nostredame adalah seorang pengamal perubatan di Perancis. Nostradamus terkenal kerana kumpulan puisinya yang telah diterbitkan di Lyon pada tahun 1555 yang terdiri dalam kelompok-kelompok seratus kuatrain (syair empat baris). Kumpulan puisi ini menjadi perhatian kerana ia sebenarnya adalah ramalan-ramalan tentang apa yang terjadi di dunia dan malah untuk menjadikannya lebih menghairankan sebahagian ramalan tersebut betul-betul terjadi, contohnyakemunculan Napoleon, kebangkitan Hitler, Perang Dunia I dan II dan yang paling popular adalah peristiwa 911.

Bagaimana Nostradamus mengetahui masa depan?Atau darimana beliau mendapat semua maklumat tentang masa depan?Hakikat sebenarnya ialah beliau mendapat semua maklumat ini berdasarkan manuskrip-manuskrip lama yang asli ataupun yang telah diterjemahkan dari manuskrip asal, yang bersumber dari dunia Islam; semua ini akhirnya berpunca dari percakapan Nabi Muhammad s.a.w kepada para Sahabatnya tentang peristiwa akhir zaman. Sebenarnya terdapat sekelompok hadis Nabi yang semuanya berkaitan peristiwa yang terjadi pada masa depan atau lebih dikenali sebagai Hadis Akhir Zaman ataupun Hadis Fitan.

Antara sarjana Islam yang terkenal membicarakan Hadis Akhir Zaman ini adalah Ibnu Kathir. Hadis-hadis ini kurang mendapat perhatian kecuali segilintir darinya yang kebanyakan kita telah maklum iaitu yang membicarakan tentang persoalan TANDA-TANDA KIAMAT seperti kemunculan Dajal, turunnya Nabi Isa dan Padang Mahsyar. Kebanyakan hadis-hadis ini adalah masih bersifat rahsia dan hanya dapat ditemui di dalam kelompok manuskrip atau karya-karya ulama-ulama dahulukala. Kitab-kitab mereka pun digelar kitab-kitab Fitan. Sebenarnya sabda-sabda Rasullullah s.a.w adalah terlalu banyak;melampaui beribu-ribu hadis, maklumlah segala percakapan, perbuatan dan keputusan dari manusia teragung ini akan segera diambil tahu, dicatat dan direkod oleh para Sahabat selama baginda masih hidup di dunia ini. Tidak semua hadis nabi ini dimasukkan di dalam apa yang dikenali sebagai Enam Kitab Hadis Utama iaitu riwayat al-Bukhari, riwayat Muslim, riwayat Ibnu Majah, riwayat at-Tirmizi, riwayat Abu Dawud dan riwayat an-Nasa'i. Masih ada hadis-hadis lain yang sebagiannya adalah percakapan spontan nabi; bukannya di dalam majlis-majlis rasmi atau pertemuan dengan para Sahabat mahupun khutbah-khutbah baginda.

Masalah terbesar dalam menentukan kesahihan hadis-hadis ini adalah percampurannya dengan hadis-hadis palsu, maudhu' atau lemah, berbanding dengan hadis-hadis dari enam riwayat utama itu di mana setiap ulama hadis memilih hadis-hadis yang terbaik sahaja dari segi riwayat, nasab dan pelbagai lagi tapisan yang semua ini terdapat dalam disiplin ilmu hadis. Tetapi mujurlah terdapat ulama-ulama Islam dahulukala yang terkenal contohnya Ibnu Kathir ini yang tidak diragukan taraf keilmuannya, mengkaji dan mengumpulkan hadis-hadis akhir zaman ini. Salah seorang Sahabat nabi terkenal mengetahui rahsia-rahsia akhir zaman adalah Huzaifah Ibnu Yaman r.a iaitu Penjaga Rahsia Nabi. Pada hari-hari akhir Huzaifah Ibnu Yaman r.a, beliau telah berkata, "Saya adalah orang yang lebih tahu akan semua fitnah yang akan berlaku sehingga hari kiamat. Baginda tidak merahsiakan sedikitpun tentang hal itu yang tidak diceritakan kepada sesiapa pun melainkan aku. Akan tetapi Rasullullah s.a.w telah menceritakan di dalam suatu majlis, di mana baginda telah sampaikan kepada mereka tentang fitnah yang akan terjadi; diantaranya terdapat fitnah besar dan fitnah yang kecil. Kumpulan manusia itu semuanya pergi kecuali aku."

Beliau berkata lagi ,
"Semua pembawa fitnah yang bilangan mereka mencapai tiga ratus orang, kalau aku mahu dapat kuberikan NAMA-NAMAnya, NAMA BAPAnya mahupun KEDIAMANnya sehingga hari kiamat. Kesemuanya diajarkan Rasullullah s.a.w kepadaku. Sesungguhnya kamu bertanyakan kepada Rasullullah s.a.w perkara-perkara yang baik, sedangkan aku bertanyakan yang buruk, kamu bertanyakan kepada baginda perkara yang telah berlaku, manakala aku bertanyakan PERKARA YANG AKAN BERLAKU"

Manakala Ali bin Abu Talib karamallahuwajhah berkata pula ,
"Tanya oleh kamu akan daku, demi Allah kamu tidak menanyakan aku tentang segolongan yang keluar memerangi ratusan atau menunjuki ratusan orang kecuali aku ceritakan kepada kamu siapa PENGANJURnya, KETUAnya dan PENCETUS atau PEBGGERAKnya, di ANTARA kamu dan MASA terjadinya hari kiamat"


Sememangnya terdapat hadis-hadis ini yang ditemui nama seperti Hitler, Saddam atau Napoleon, cuma ia ditulis dalam loghat atau lenggok Arab ketika itu. Saya sendiri pernah membaca hadis-hadis ini cuma pada masa yang lain saya akan cuba menurunkan satu dua hadis seperti ini.

Berbalik kepada Nostradamus, tembelangnya pecah apabila para pesakitnya melaporkan ketika Nostradamus mengubati mereka, beliau telah mengucapkan sesuatu dalam bahasa yang dikenal mereka sebagai bahasa Arab malah kesemua ubat-ubatannya datangnya dari negara-negara Arab. Semua kata-kata pengubatan atau jampi-jampinya adalah dalam bahasa Arab (tidak diceritakan pula adakah jampi-jampi itu berasal dari al-Quran yang mulia). Kemudian ditemui pula satu manuskrip yang berisi pengakuan dari Nostradamus sendiri yang menceritakan kisah hidupnya, di antaranya terdapat rahsia yang amat besar ertinya kepada kita umat Islam; Nostradamus telah mengaku bahawa datuknya telah mencuri sejumlah manuskrip Baitulmaqdis dan turut juga terlibat bapanya melarikan manuskrip-manuskrip yang sangat berharga dari Baghdad, Mesir dan negara-negara Arab yang lain, dan mereka pun berhijrah ke Perancis (perlu diingatkan bahawa Nostradamus berketurunan Yahudi dan keluarganya berasal dari Jerusalem (BaitulMaqdis) dan datuknya berkawan rapat dengan orang-orang Arab di sana) dan semua rahsia sulit ini diajarkan kepada Nostradamus selaku cucu dan anak mereka, kesemuanya di dalam BAHASA ARAB! Jadi apalah hendak dihairankan dengan semua ramalan Nostradamus ini, jika akhirnya ia berbalik juga kepada sumber Islam yang kita selaku umat Islam telah pun tahu bahawa ia adalah kebenaran.

Tidak timbul soal ramalan-ramalannya menjadi benar kerana ia bersumber dari kata-kata nabi yang sememangnya benar!Jika anda ingin tahu lebih lanjut, pergilah ke kedai-kedai buku dan cuba hayati ramalan Nostradamus ini, anda akan temui beberapa ramalan akhir zaman yang menyerupai dengan apa yang kita dengar sebelum ini; dari ustaz mahupun ustazah, dari kitab hadis mahupun ceramah-ceramah agama. Terdapat beberapa kuatrain yang menceritakan penaklukan Islam ke atas negara-negara Barat yang diketuai oleh seorang penakluk yang agung!Yang saya hairankan buku puisi Nostradamus ini semuanya diterbitkan atau diimport dari Barat (ketika itu saya membacanya di kedai buku Popular) dan ditulis dalam bahasa Inggeris yang fasih; di dalam terjemahan dari kuatrain Nostradamus yang ditulis dalam bahasa Perancis, terang-terang terjemahan Inggeris itu menyatakan bahawa tentera Islam akan menakluk dunia, walaupun di dalam kuatrain itu tidak dituliskan perkataan Islam atau Arab!Mereka sudah tahu akan hal ini namun masih angkuh dan ego dan tetap mahu mengubah sejarah.


(Terjemahan Melayu)


Dan kita selaku umat Islam. Saya masih sedih dengan segilintir umat Islam yang tidak mengambil peduli langsung tentang hadis-hadis nabi malah al-Quran yang agung. Bukan sahaja tidak mempedulikan langsung, malah ada juga yang tergamak berangan-rangan mahu keluar dari Islam (di antaranya di atas nama CINTA suci..huhu..) Orang-orang Barat berlumba-lumba mengkaji hadis dan manuskrip-manuskrip berharga dari dunia Islam. Malah mereka juga semestinya wajib mengkaji al-Quran yang penuh rahsia dan hikmah, di mana sejak kebelakangan ini al-Quran menjadi medium paling saintifik kerana membicarakan tentang Big Bang, Nebula, awan-awan hidrogen mahupun daya-daya nuklear. Di mana?Terdapat banyak sumber jika anda ingin cari dan insya Allah saya akan ungkapkan juga dalam artikel-artikel saya yang akan datang. Cukuplah surah al-Anbiya' yang menceritakan tentang Big Bang. Dan Surah Yasin yang kita baca setiap malam Khamis, majlis kematian ataupun majlis-majlis lain tu sebenarnya ada mengungkap perihal bananapi petroleum!

Ada kisah tentang seorang menteri berbangsa India (opps maaf, harapnya ini bukan kenyataan berbau sentimen perkauman, cuma kesedaran untuk umat Islam) yang saya tidak boleh sebutkan namanya dan kawasan parlimennya, beliau telah membuat satu lawatan ke satu kawasan di mana beliau telah memberikan ucapannya. Di dalam ucapannya beliau telah menyentuh tentang al-Quran yang tidak ada ada dalamnya perihal jalan raya, lampu jalan mahupun jambatan!!Saya tidak pasti bagaimana mulanya ucapan beliau itu, mungkin mahu menangkis kenyataan-kenyataan dari satu parti orang-orang Melayu yang berorientasikan Islamik. Namun yang sedihnya, orang-orang Melayu disitu yang semestinya beragama Islam terangguk-angguk tersenyum atau ketawa dengan 'jenaka' yang ditimbulkan oleh menteri tersebut. Jika menteri itu tahu (atau sengaja buat tak tahu) atau orang-orang Melayu Islam di situ tahu akan betapa agung, hebat, tepat dan besarnya al-Quran sebagaimana sebahagian sarjana Timur mahupun Barat mengagumi dan membenarkannya, sudah tentu ucapan, senyum mahupun ketawa bodoh yang tersangat cetek tahap pemikiran sebegitu tidak berlaku.

Tetapi biasalah, dunia ini penuh dengan politik....

Sunday 27 May 2012

Kabbalah: Sihir dan Penyembahan Syaitan


Baphomet adalah satu dari puja-pujaan kaum Kabalis yang mewakili syaitan. Makhluk ini berkepala kambing bertanduk atau dikenal dengan kambing “Mendes”, lambang kuno untuk syaitan. Penampilannya melambangkan kekuatan-kekuatan hitam disatukan dengan kemampuan beranak-pinak seperti halnya kambing. Di dahi, diantara dua tanduk dibawah jamung, adalah lambang pentagram. Bahagian bawah badannya diselubungi kain hitam melambangkan kerahsiaan. Baphomet digambarkan sebagai makhluk hermaphrodit dengan mempunyai buah dada lambang kewanitaan dan phallus lambang kelelakian. Dua ular melingkar di phallus yang berdiri. Ular juga merupakan simbol dari syaitan. Sayap melambangkan kemampuan Lucifer untuk Terbang.


"Bila kita telah menjadi penguasa kita harus memandang sebagai hal yang sama sekali tidak dikehendaki keberadaan agama-agama lainnya kecuali agama kita; menyatakan hanya ada satu Tuhan yang oleh takdir-Nya kita telah ditentukan sebagai 'Ummat Pilihan', dan yang melalui takdir-Nya pula nasib kita menyatu dengan masa depan dunia. Karena alasan inilah kita harus menghancurkan semua agama lainnya. Kalau ada muncul atheisme yang baru, sebagai langkah transisi faham ini tidak akan menghalangi tujuan kita." ('Protokol Zionisme yang Keempat-belas)

Kepercayaan Qabala

Akibat mengalami penindasan yang panjang selama beribu tahun kaum Yahudi memelihara kepercayaan nenek-moyang mereka yang pada dasarnya menyimpang bahkan bertentangan dengan aqidah yang diajarkan oleh Nabi Musa a.s. Kepercayaan kuno itu dipelihara dengan keyakinan untuk mempertahankan kewujudan mereka. Di antara kepercayaan yang tertua dan paling dihormati adalah kepercayaan 'Qabala', atau kadangkala ditulis 'Kabbala'. Nama Qabala diambil dari kata Ibrani 'qibil', yang maknanya "menerima". Qabala dalam hal ini berarti "menerima doktrin okultisme (ilmu sihir) rahsia".

Sejak masa Nabi Ibrahim a.s. meninggalkan Sumeria (Iraq sekarang ini) sampai dengan penjajahan Rom atas Palestina, Qabala tetap merupakan kepercayaan Yahudi yang sangat rahsia, yang ajarannya hanya diketahui oleh anggotanya, yang disampaikan dengan cara dari mulut-ke-mulut, disampaikan oleh para pendeta tinggi kepada para ahli bawahan. Selama period ini para pendeta tinggi itu tinggal di Sumeria, kemudian menyebar ke Mesir Kuno, dan Palestin Kuno. Salah seorang pendeta tinggi Qabala ialah Samiri, tokoh yang mengajak Bani Israel yang baru saja keluar dari tanah Mesir untuk menyembah sebuah patung anak sapi yang terbuat dari emas, tatkala mereka ditinggalkan oleh Nabi Musa a.s. berkhalwat di gunung Tursina di Sinai untuk menerima wahyu 'Firman yang Sepuluh' dari Allah.


Gambar Kambing "Mendes" peninggalan Mesir kuno

Beberapa waktu sesudah berakhirya penjajahan Rom di Palestin, para pendeta tinggi Qabala memutuskan tradisi okultisme kuno itu untuk dirakam secara tertulis ke atas papyrus berupa gulungan ('scroll') sebagai usaha agar ajaran itu dapat diwariskan kepada generasi Yahudi berikutnya. Selama masa pendudukan Rom itu ajaran Qabala dihimpun dari berbagai tradisi lisan ke dalam beberapa gulungan, dan akhimya dijilid ke dalam sebuah kitab yang utuh.

Tugas menghimpun ajaran yang masih berupa lisan itu dibebankan kepada dua orang, yaitu 'Rabbi' (Guru) Akiva ben Josef, yang menjadi ketua Majlis Tinggi Pendeta Sanhedrin pada waktu itu, dan pembantunya Rabbi Simon ben Joachai. Pada waktu itulah Qabala disistematikkan menjadi dua jilid : 'Sefer Yetzerah' (Kitab Genesis, tentang Penciptaan Alam Semesta), dan 'Sefer Zohar' (Kitab Keagungan).


Salah satu simbol dari syaitan adalah kepala kambing “Mendes”. Imej hitam seram ini melambangkan kekuatan hitam. Simbol kambing digunakan sebagai kekuatan regeneratif Lucifer. Untuk menegaskannya, sebuah phallus laki-laki diletakkan di atas kepala kambing, sekali lagi untuk menekankan kemampuan regeneratif Lucifer. Pentagram diatas kepala kambing adalah satu lagi simbol dari kepala kambing, yaitu setiap ujung bintang mewakili kedua tanduk, kedua kuping dan dagu kambing. Maka dengan itu dilambangkan dengan pentagram terbalik, yaiut dua ujung bintang keatas, satu ujung kebawah. Api diatas phallus juga simbol dari Lucifer, yaitu sifat keapiannya

Kitab Zohar penuh dengan ayat-ayat yang bersifat rahsia dan perumpamaan, dan ayat-ayat itu hanya dapat difahami melalui Kitab Yetzerah, semacam kitab terjemahan. Beberapa abad sesudah Masehi, di Eropah muncul kitab ajaran Qabala yang baru bemama 'Sefer Bahir'- 'Kitab Cahaya'. Ketiga kitab itu semuanya tertulis dalam bahasa Ibrani, yang kemudian atas pertimbangan pragmatisme diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa Eropah. Ketiga kitab Qabala itu memuat ajaran sangat suci bagi kultus sesat, penyembahan kepada Iblis, dan menjadi buku pegangan Gereja-gereja Iblis di seluruh dunia.

Lambang dari Gereja Iblis

Kaum Yahudi Qabalis, sebagaimana ajaran Samiri, secara terang-terangan menyatakan permusuhan mereka kepada Tuhan Yang Maha Esa, Maha Pencipta Alam Semesta. Menurut iman mereka Iblis, atau Lucifer, sebagaimana mereka menyebutnya dengan penuh hormat, telah "diperlakukan dengan tidak adil" dan ia adalah satu-satunya tuhan yang patut disembah. Iblis adalah tuhan mereka.

Iblis, atau khususnya 'syaitan', dalam bahasa-bahasa Semit (termasuk bahasa Arab) berarti "pemberontak", yakni "memberontak kepada Allah", karena itu kaum Qabalis tidak menyebutnya dengan nama Iblis. Mereka menyebutnya dengan nama Lucifer, yang berati "pembawa sinar cahaya". Penggunaan kata Iblis dianggap sebagai penghinaan kepada tuhan mereka. Kata Lucifer bererti cahaya, terang, pencerahan dan sebagainya.

Salah satu tema penting yang berkaitan dengan kepercayaan Qabala ialah kekuasaan yang datang dari cahaya, api, dan matahari. Ketiga hal itu menjadi perlambang dari ajaran penyembahan kepada Iblis, Yang dipercayai diciptakan dari api. Segala sesuatu yang berkaitan dengan cahaya, api atau matahari, merupakan perlambang dari Iblis.

Ajaran Qabala menjelaskan adanya hierarki kekuasaan yang mereka sebut "sefrotim", yang dalam bahasa Ibrani berarti "penyinaran". Ada sepuluh 'sefrotim', yang dalam bahasa Ibrani disebut 'sitra ahra', yang artinya "sisi lain". Penyinaran 'sefrotim' diwakili oleh sejumlah makhluk halus yang dalam bahasa Ibrani disebut 'shedim'. 'Shedim' terdiri dari sejumlah roh. Roh tertinggi adalah Lucifer sebagai "pembawa cahaya". Semua roh yang disebut 'shedim' itu tercipta dari asal api. Oleh karena itu api menjadi sesembahan terpenting dalam ajaran Qabala. Beberapa di antara 'shedim' itu ada yang berkahwin dengan manusia, dan mereka ini disebut 'mazzikim', atau "shedim yang tidak berbahaya", dan anak hasil perkawinan itu bila lahir disebut 'banim shovavim' yang artinya "anak haram-jadah".

Menurut ajaran Qabala manusia tidak memerlukan akan Allah, bahkan menurut mereka manusia bisa menjadi manusia suci yang setara dengan tuhan. Mereka menyebut faham yang deseptik ini dengan Istilah 'humanisme', bahwa manusia berdaulat untuk mengatur hidupnya sendiri di dunia. Kaum Qabalis menyebarkan paham ini kepada kaum non-Qabalis untuk menghancurkan keimanan manusia kepada Allah.

Kaum Qabalis seringkali menggunakan simbol-simbol seks untuk mewakilkan 'humanisme'. Organ lelaki disimbolkan dengan 'phallus' ('lingga'). sebagai perlambang kekuasaan regeneratif, atau kekuasaan untuk berkembang biak. Sedangkan organ wanita dilambangkan oleh pelataran yang disebut 'yoni' yang memperlambangkan kawasan kesuburan. 'Yoni' disebut juga dengan nama lain, "Ibu Pertiwi" ('Mother Earth ').

Monumen Obelisk George Washington melambangkan phallus Lucifer, yaitu kekuatan generatif. Ia menghadap ke balkoni separuh lengkung Rumah Putih, simbol dari kekuatan reproduktif organ wanita. Simbol-simbol kaum Qabalis ini bukan hanya terdapat di Mesir Kuno berupa obelisk, yaitu tugu batu tegak, tetapi oleh kaum Qabalis dibawa bersama mereka dan kemudian berkembang ke berbagai ibukota dunia seperti di Washington, DC. dan ibukota-ibukota Eropa. Obelisk yang didirikan umumnya menghadap ke bangunan pusat kekuasaan sebagai perlambang kekuasaan (kejantanan) bahkan obelisk semacam didirikan juga di Saint Peter Basillica, Vatikan.





Kaum Qabalis juga menggunakan imej segitiga dan bangunan piramid untuk mewakili struktur hierarki mereka. Para elit Qabalis duduk pada puncak piramid menguasai jisim yang berkewajiban menopang piramida tersebut. Lambang kaum Qabalis, piramid dengan sebiji mata Lucifer yang "selalu mengawasi dan menguasai", terdapat pada sisi belakang matawang kertas dolar Amerika sekarang ini. Kaum Qabalis juga menggunakan lambang dua buah segitiga yang dipasang menjadi satu dengan posisi masing-masing terbalik, menjadi bintang segi-enam yang kini oleh orang Yahudi ditransformasikan seolah-olah sebagai 'bintang Nabi Daud as”. Dua buah bintang segitiga masing-masing dengan posisi terbalik sebagai lambang Lucifer itu disalahtafsirkan oleh kaum Qabalis sebagai lambang bintang dari "Nabi Daud" pada tahun 1948 di PBB. Penciptanya adalah Joseph Stalin, diktator Soviet Union, sebagai negara pertama yang mengakui negara Yahudi Israel.

Selain itu kaum Qabalis juga menggunakan lambang bintang segilima yang terbalik, dua hujung menghadap ke atas, dua hujung menghadap ke samping dan satu hujung menghadap ke bawah, yang melambangkan dewa berkepala kambing 'Mendes'. 'Mendes' adalah nama lain dari Lucifer. Dua hujung bintang yang menghadap ke atas merupakan tanduk, dua hujung yang ke samping adalah telinganya, dan hujung yang menghadap ke bawah adalah dagunya.

Kepercayaan Qabala selanjutnya tumbuh dan berkembang baik dalam jumlah maupun dalam kekuasaan ke seluruh dunia dalam berbagai bentuk dan aspeknya di dalam masyarakat. Para penyembah Iblis ini menggunakan kebohongan, pemerasan, rasuah, seks bebas, dan bahkan kekerasan, untuk mencapai tujuannya membangun penguasaan kehidupan di dunia. Ajarannya bertujuan untuk menghancurkan kepercayaan kepada Tuhan Yang Maha Esa, Pencipta Alam Semesta, dan siapa saja yang menghalangi penyembahan Lucifer.



Ini adalah segel kenegaraan Amerika Serikat yang terdapat pada mata uang Satu Dólar Amerika. Sebiji mata Lucifer yang selalu "melihat dan menguasai, menyinar bagai matahari”, terletak di puncak piramida. Kata-kata atin “Anuit Coeptis – Novus Ordo Seclorum” berarti – Konspirasi Kia – sebuah Tata Dunia Baru”

Hexagram atau bintang berhujung enam dibentuk dari dua segitiga yang saling mengunci. Segitiga adalh lambang Qabalis paling umum. Segitiga yang ujungnya menghadap kebawah adalah lambang wanita yang sesuai dengan Yoni dan juga disebut segitiga air. Segitiga yang hujungnya menghadap keatas adalah lambang laki-laki, lingga atau phallus, mewakili tuhan mereka Lucifer dan disebut juga Segitiga Piramid atau Piramid Air. Kesatuan mereka menghasilkan kekuatan yaitu prinsip generatif. Selain itu, kedua segitiga tersebut mempunya arti esoterik. Segitiga yang menghadap kebawah disebut juga Segitiga Ketuhanan, segitiga yang menghadap keatas disebut Segitiga Piramid, yang juga simbol manusia sempurna. Kemudian mereka menunjukan bagaimana manusia bisa menjadi tuhan, gagasan utama dai Humanisme. Setiap sisi ari segitiga membentuk ‘66 karena itu hexagram mengandung ‘666’. Hexagram digunakan pada riual-ritual sihir dan juga dianggap sebagai simbol dar kekuatan utama syaitan. Hexagram digunakan untuk memanggil syaitan untuk mengguna-guna atau mengutuk sang korban. Isitilah “to hex” dalam bahasa Inggeris yang ertinya mengguna-guna atau mengutuk datang dari amalan ini.


Kepercayaan Qabala - Aliran Zoroaster di Parsi

Zoroasterisme adalah salah satu cabang dari kepercayaan Qabala yang menyebar ke Parsi dengan amalan keagamaannya lebih menekankan pada sihir bersamaan dengan penyembahan kepada Iblis. Para pcmimpin agama Zoroaster disebut dengan nama 'magi', ritual agamanya disebut 'magus', dan dari kata inilah kemudian menjadi kata 'magis', dan al-Hadith menyebut Zoroasterisme dengan nama Majusi.

Ritual para 'magi' bertujuan untuk menyempumakan seni sihir okultisme dan ilmu tenung, tuju-tuju, dan 'guna-guna' dengan melalui bantuan jin dan roh-roh halus. Cabang kepercayaan Qabala juga berkembang ke Mesir Kuno di masa Fir'aun. Ilmu astrologi (peramalan nasib yang dikaitkan dengan posisi bintang-bintang tertentu - zodiak), numerologi (peramalan berdasarkan angka-angka yang dikaitkan dengan huruf), berkembang di Sumeria, kemudian ke Mesir, ke Babilonia, dan ke Persia, yang dihubungkan dengan penyembahan roh-roh halus.

Ajaran Qabala di Persia tertulis di dalam kitab suci mereka yang dinamakan 'Avesta' . Di dalam 'Avesta' Lucifer disebut dalam bahasa Parsi Kuno dengan nama 'Ahuramazda' atau 'Ormuzd', yaitu sang "pembawa cahaya". Untuk menghormati 'Ormuzd', atau Lucifer, kaum Qabalis Zoroaster menyembah api dan matahari sebagai lambang Lucifer. Kepercayaan Qabala Zoroaster bertahan hidup selama lebih dari seribu tahun sampai Parsi ditaklukkan oleh Islam pada tahun 651 Masehi. Meskipun demikian agama ini masih dianut secara sembunyi-sembunyi oleh sebagian kecil pemeluknya di Iran sampai dengan sekarang ini.


Qabala di Jerusalem

Di Palestin kelompok Qabalis dipimpin oleh Herodus II, gabenor Rom di Jerusalem, dengan dua orang pembantunya, Ahiram Abiyud dan Moav Levi. Herodus II memimpin kaum Qabalis melawan penyebaran ajaran Jesus. Kelompok ini berupaya membangun kembali Haikal Sulaiman di Jerusalem sebagai pangkalan gerakan mereka.

Majlis Kuasa Rahsia Qabala yang beranggotakan sembilan orang pendeta Qabala bersidang pada tanggal 10 Agustus 43Masihi dipimpin langsung oleh Herodus II, Abiyud, dan Levi. Sidang pada hari itu memutuskan untuk mengakhiri kegiatan Jesus serta para muridnya. Adalah Herodus II yang memerintahkan untuk menyembelih Nabi Zakaria a.s. dengan menggunakan gergaji pemotong kayu. Ia kemudian memerintahkan juga membunuh Nabi Yahya a.s. dan memerintahkan mempersembahkan kepala Nabi Yahya a.s. yang telah dipenggal itu di atas sebuah dulang ke hadapannya.

Dengan kekuasaannya yang luar biasa ia berhasil memerintahkan Majelis Tinggi Pendeta Sanhedrin, badan tertinggi pada hierarki kependetaan Yahudi, agar mengeluarkan dekrit hukuman mati berdasarkan hukum Rom di atas kayu salib terhadap Jesus dengan tuduhan telah menghina Tuhan. Herodus II juga memerintahkan membunuh Peter, murid Jesus melalui kaki -tangannya bernama Nero.

Dalam waktu singkat paling tidak berdiri 40 gereja yang dipengaruhi dan mengikuti ajaran Injil versi Qabala di seluruh tanah Palestin. Dalam tempoh yang tidak terlalu lama ajaran Injil versi Qabala berkembang ke seluruh wilayah kekaisaran Rom dan membangun di Eropah.

Tuesday 22 May 2012

The Matrix 4th Density








Warning!

Di dalam dunia ini,manusia berhidup mengikut sangkaan bahawa mereka sebenarnya berada di alam realiti.Mereka makan,minum,pergi ke tandas dan tidur.Mereka setiap hari mencari keperluan hidup,beranak-pinak dan mencari hiburan untuk keseronokan hidup,'di alam realiti' ini.

Ada yang terkinja-kinja di dalam disko,ada yang terpekik terlolong menunjuk perasaan di jalanan,ada yang berehat dengan senang hati di rumah....ada yang sedang merenung diri dan mengingati Tuhan,penguasa segala Matrix ini.

Mereka,manusia-manusia yang dungu itu tidak mengetahui,mereka sebenarnya berada di dalam sebuah 'virtual reality' yang teramat besar dan mencapai tahap seolah-olah infiniti.

'Virtual reality' ini dicipta oleh Penguasa Segala Matrix,gunanya untuk menguji manusia,adakah mereka mengotakan apa yang mereka janjikan sebelum dihantar ke 'virtual reality' ini.Selepas manusia-manusia dungu ini mati,mereka akan akan sedar kembali bahawa mereka sebelumnya berada di alam yang menipu,dan di hadapan mereka adalah kehidupan yang benar-benar realiti,lebih realiti.

'Virtual reality' ini benar-benar 'real'.Bila anda menghirup segelas jus buah-buahan,anda akan merasa teksturnya,bau,suhunya dan rasanya yang lazat.Ia benar-benar 'real'.Ambil sebilah pisau dan toreh pada lengan anda,anda akan melihat darah keluar dan merasa kesakitan yang benar-benar 'real'.'Virtual reality' ini direka untuk membohongi manusia supaya mereka merasa ia benar-benar 'real'.Apabila mereka di'plug-out',mereka akan sedar bahawa jus buah-buahan dan darah tadi adalah palsu.Mereka sebenarnya tidak meminum apa-apa dan darah tadi kini tiada lagi dan kesakitan telah lenyap.Semua itu hanya wujud di dalam 'minda'.

Selamat datang ke dunia realiti maya paling hebat dalam sejarah.

SELAMAT DATANG KE MATRIX ANDA.









THE MATRIX 4TH DENSITY
The Matrix Ketumpatan Ke-4








Fasal ini menyatakan perihal alam-alam Matrix dan hubungan ia dengan manusia dan Tuhan.

Fasal ini mengandungi 5 bab terpenting:

1. Matrix di dalam Matrix

2. Perpindahan Matrix ke Matrix lain

3. Pengetahuan tentang Matrix

4. Tujuan Matrix diciptakan

5. Penguasa Segala Matrix


Jika dia mengetahui apakah itu Matrix yang sebenarnya,tiadalah dia mengejar-ngejar hidup di dalam Matrix yang sementara ini.Kehidupan selepas kematian adalah pasti.Seorang hamba akan bertemu Pencipta-Nya adalah pasti.Tiada zarah yang bergetar melainkan berlaku atas kudrat Pencipta Segala Matrix.Tiada sebutir pasir yang bergerak di dasar laut melainkan dengan kehendak Penguasa Segala Matrix.Tiada sehelai daun gugur ke bumi melainkan di dalam pengetahuan Pemusnah Segala Matrix.

Jika dia tahu apakah itu Matrix yang sebenarnya,tiadalah dia mengumpul-ngumpul harta ketika di dalam Matrix.Apa yang dia bekalkan di luar Matrix nanti itulah dia hartanya yang sebenar.Sampai masa,Matrix akan di'shutdown'.Segala kesenangan,rumah yang selesa,bangunan-bangunan tinggi,kenderaan,anak isteri...semuanya akan lenyap.Setiap amal perbuatannya akan dihisab.Ingat,sekiranya,Sang Penguasa Segala Matrix mula menghisab amal perbuatannya,maka binasalah dia.

"Ya Tuhan Kami,hisablah kami dengan penghisaban yang mudah"


Siapa yang mendapat pengetahuan bahawa sebenarnya dia berada di dalam Matrix maka dia adalah manusia yang amat beruntung.Namun lebih beruntung jika dia mempercayainya dan bertindak atas pengetahuan tadi.Segala tindak-tanduknya akan bersesuaian dengan pengetahuan rahsia itu.Kehidupannya di dalam Matrix akan menjadi ibarat musafir.Hanya satu persinggahan yang sementara.Dia tidak akan membuang masa di dalam stesen bas atau kapal terbang,dengan mula membina rumah-rumah atau tidur dengan nyenyak.Setiap masa dia akan bersedia untuk dipindahkan.Bukan bas,keretapi atau kapal terbang yang menunggu dia,dia yang menunggu,menanti dan bersedia bila-bila masa untuk 'dipindahkan'.

Maut tidak menunggu seseorang.

Sampai masa,kita semua akan di'plug-out'.

Senarai Jeneral Agung Jesuit





Berikut adalah senarai Jeneral Agung bagi aliran Katolik Society of Jesus, di mana Jeneral Agung pertamanya adalah pengasas aliran ini yang merupakan bekas seorang kesatria:



* Ignatius Loyola, ("Jew") 1 April 1541 - 31 July 1556 (65 yrs at death)


* Diego Laynez, ("Jew") 2 July 1558 - 10 Jan 1565 (53)


* Francis Borgia, 2 July 1565 - 1 October 1572 (62)


* Everard Mercurian, 23 April 1573 - 1 August 1580 (?)


* Claudius Aquaviva, 19 Feb 1581 - 31 Jan 1615 (72)


* Mutius Vitelleschi, 15 Nov 1615 - 9 Feb 1645 (82)


* Vincent Caraffa, 7 Jan 1646 - 8 June 1649 (65)


* Francis Piccolimini, 21 Dec 1649 - 17 June 1651 (69)


* Alexander Gottifred, 21 January 1652 - 13 March 1652 (58)


* Goswin Nickel, 17 March 1652 - 31 July 1664 (82)


* John Paul Oliva, who had been elected Vicarius Generalis perpetuus cum jure succedendi 7 Junii 1661 was immediately invested with the government of the Society at Nickel's death. He died 96 November 1681 (81)


* Charles de Noyelle, 5 July 1682 - 12 Dec 1686


* Thyrsus Gonzales, 6 July 1687 - 19 Nov 1705 (78)


* Michaelangelo Tamburini, 31 Jan 1706 - 28 February 1730


* Francis Retz, 30 Nov 1730 - 19 Nov 1750 (78)


* Ignatius Viconti, 4 July 1751 - 4 May 1755


* Luigi Aloysius Centurioni, 30 November 1755 - 2 October 1757


* Lorenzo Ricci, 21 May, 1758 - 24 Nov 1775 (72)


* The brief of Clement XIV for suppressing the Society, dated 21 July 1773 was put in execution 16 August.


* Stanislaus Czerniewicz, permitted by Catherine the Great to reign for life as "Superior General for Russia" 17 Oct 1782 - 21 Oct, 1785 (57)


* Gabriel Lenkiewisz, 8 October, 1785 - 21 October 1798 (77)


* Francis Karew, 12 Feb 1799 - 4 Aug 1802 (71 )


* Gabriel Gruber, 22 Oct 1802 - 6 April 1805 (67)


* Thaddeus Brzozowski, elected in 1805, would serve as head of the whole Society when it was restored 7 August 1814 by the Bull of Pope Plus VII Solicitudo omnium Ecclesiarum, but would never remove to Rome because the Russian Government refused him permission to leave, died 5 Feb 1820.


* Aloysius Fortis, 18 Oct 1820 - 29 Jan 1829 (81)


* John Roothaan 1829-1853


* Pieter Jean Beckx, 1853-1887


* Ludovico Martin, 1892-190l


* Franz Xavier Wernz, 1907-1914


* Vladimir Ledochowski, 1915-1942


* Jean-Baptiste Janssens, 1946-1964


* Pedro Arrupe, 1965-1981 (removed by Pope John Paul II)


* Paolo Dezza, Giuseppe Pittau, 1981-1983 (appointed by John Paul II)


* Peter Hans Kolvenbach, 1983 - ..........




Gambar di atas ialah Jeneral Agung Jesuit sekarang iaitu Peter Hans Konvelbach