welcome

Thursday 22 November 2012

CARA NAK MELIHAT KEMBAR QARIN ANDA


Cara Nak Melihat Kembar Ghaib Kita.

Anda pernah dengarkan yang kita mempunyai kembar ghaib/Qarin?

Berikut adalah cara untuk melihat Qarin :

Ada 8 langkah:

1. Cabut 7 helai rambut kepala.

2. Ambil 7 potongan kuku tangan atau kaki.

3. Letakkan semua di atas sehelai kain putih (apa saja, yang penting putih).

4.  Gulung  kain putih yang ada isinya tadi.

5. Ambil limau nipis, satu saja, perah airnya hingga habis.

6. Air perahan tadi anda titiskan pada gulungan kain putih.

7. Gulungan kain tadi anda letakkan di taman atau halaman rumah, atau di mana saja yang penting dekat pagar rumah, kalau boleh jangan bagi orang lain tahu, tak perlu ditanam letak saja di antara tumbuhan.

8. Tunggu 7 hari, sehingga Qarin anda datang, hingga malam kelapan, dia boleh muncul di mana saja, cuma munculnya sepintas, biasanya kembaran itu meniru apa yang sudah pernah kita kerjakan atau yang akan kita kerjakan, dia tak boleh dilihat  orang lain, cuma kita sendiri.

P/s : Jangan takut! Dia pun makhluk Allah!





Credit to Blog Mazer



Tuesday 20 November 2012

MIMPI ABU YAZID MEMERINTAHKANNYA KE GEREJA

Abu Yazid Al Bustami seorang ahli Sufi yang dikejutkan oleh mimpinya 
supaya pergi ke gereja Samaan. 
Tiga kali mimpinya itu berulang. 
Lalu ia bersiap dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya. 
Ia masuk ke gereja Samaan tanpa diketahui oleh Paderi-paderi yang hadir. 
Dia bersama-sama paderi lain menanti kedatangan ketua Paderi. 


Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. 
Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. 

Katanya, ” ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini!!!”

Siapa al-Mahdi??????????????


Sifat-sifat peribadi beliau ada dinyatakan sama ada oleh hadis-hadis, mahupun oleh para tabiin dan juga para ulama yang kemudian daripadanya. Keterangan yang berterabur di sana-sini itu bolehlah disusun semula sehingga menjadi satu keterangan yang jelas. Perlu juga dinyatakan di sini bahawa beliau lebih banyak sifat bangsa Timurnya (Ajam) daripada bangsa Arabnya. Ini disebabkan tempat lahirnya adalah di negeri sebelah Timur, keturunannya memang telah bercampur dengan bangsa Timur, adat istiadatnya sedikit sebanyak bercampur dengan adat istiadat bangsa Timur dan bahasa yang digunakannya juga adalah bahasa bangsa Timur itu. Pendek kata, Timurlah yang lebih menonjol pada diri beliau, sama ada sebelum munculnya atau pada ketika munculnya kelak.

Tuesday 13 November 2012

Kerajaan-Kerajaan Melayu Yang Hilang


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seperti mana yang dijanjikan, saya akan menulis mengenai Kerajaan Aroi Matahari yang lokasinya terletak di Kepulaan Pasifik. Pada asalnya, artikel ini hanya berkisar mengenai Kerajaan Aroi tetapi kajian yang saya lakukan membawa saya kepada beberapa benang halus yang berkait rapat antara Kerajaan Aroi Matahari dan Lemuria serta Atlantis. Jadi, saya merasakan tajuk Kerajaan-Kerajaan Melayu Yang Hilang merupakan tajuk yang paling baik. 

Kalau kita mahu bercakap mengenai Kerajaan Aroi, kita harus belajar dahulu mengenai Lemuria dan Atlantis. Kenapa? Soalan itu senang sahaja kerana rekod sejarah menunjukkan bahawa pengasas Kerajaan Aroi ialah leluhur daripada Lemuria. Jadi, untuk mengenali Aroi, harus belajar mengenali bapa kepada Aroi iaitu Lemuria dan Atlantis. 

Juga, untuk mengkhatamkan bab mengenai Lemuria dan Atlantis, harus anda mengkhatamkan topik mengenai bangsa Melayu. Memahami apa itu definisi perkataan Austornesian dan Polynesian. Bila anda sudah memahami perkataan ini, anda pasti tidak menghadapi masalah untuk menelan artikel saya ini. Jangan risau, sebenarnya ada artikel saya yang lepas berkisar mengenai definisi bangsa Melayu.