Tuesday, 22 May 2012

The Matrix 4th Density








Warning!

Di dalam dunia ini,manusia berhidup mengikut sangkaan bahawa mereka sebenarnya berada di alam realiti.Mereka makan,minum,pergi ke tandas dan tidur.Mereka setiap hari mencari keperluan hidup,beranak-pinak dan mencari hiburan untuk keseronokan hidup,'di alam realiti' ini.

Ada yang terkinja-kinja di dalam disko,ada yang terpekik terlolong menunjuk perasaan di jalanan,ada yang berehat dengan senang hati di rumah....ada yang sedang merenung diri dan mengingati Tuhan,penguasa segala Matrix ini.

Mereka,manusia-manusia yang dungu itu tidak mengetahui,mereka sebenarnya berada di dalam sebuah 'virtual reality' yang teramat besar dan mencapai tahap seolah-olah infiniti.

'Virtual reality' ini dicipta oleh Penguasa Segala Matrix,gunanya untuk menguji manusia,adakah mereka mengotakan apa yang mereka janjikan sebelum dihantar ke 'virtual reality' ini.Selepas manusia-manusia dungu ini mati,mereka akan akan sedar kembali bahawa mereka sebelumnya berada di alam yang menipu,dan di hadapan mereka adalah kehidupan yang benar-benar realiti,lebih realiti.

'Virtual reality' ini benar-benar 'real'.Bila anda menghirup segelas jus buah-buahan,anda akan merasa teksturnya,bau,suhunya dan rasanya yang lazat.Ia benar-benar 'real'.Ambil sebilah pisau dan toreh pada lengan anda,anda akan melihat darah keluar dan merasa kesakitan yang benar-benar 'real'.'Virtual reality' ini direka untuk membohongi manusia supaya mereka merasa ia benar-benar 'real'.Apabila mereka di'plug-out',mereka akan sedar bahawa jus buah-buahan dan darah tadi adalah palsu.Mereka sebenarnya tidak meminum apa-apa dan darah tadi kini tiada lagi dan kesakitan telah lenyap.Semua itu hanya wujud di dalam 'minda'.

Selamat datang ke dunia realiti maya paling hebat dalam sejarah.

SELAMAT DATANG KE MATRIX ANDA.









THE MATRIX 4TH DENSITY
The Matrix Ketumpatan Ke-4








Fasal ini menyatakan perihal alam-alam Matrix dan hubungan ia dengan manusia dan Tuhan.

Fasal ini mengandungi 5 bab terpenting:

1. Matrix di dalam Matrix

2. Perpindahan Matrix ke Matrix lain

3. Pengetahuan tentang Matrix

4. Tujuan Matrix diciptakan

5. Penguasa Segala Matrix


Jika dia mengetahui apakah itu Matrix yang sebenarnya,tiadalah dia mengejar-ngejar hidup di dalam Matrix yang sementara ini.Kehidupan selepas kematian adalah pasti.Seorang hamba akan bertemu Pencipta-Nya adalah pasti.Tiada zarah yang bergetar melainkan berlaku atas kudrat Pencipta Segala Matrix.Tiada sebutir pasir yang bergerak di dasar laut melainkan dengan kehendak Penguasa Segala Matrix.Tiada sehelai daun gugur ke bumi melainkan di dalam pengetahuan Pemusnah Segala Matrix.

Jika dia tahu apakah itu Matrix yang sebenarnya,tiadalah dia mengumpul-ngumpul harta ketika di dalam Matrix.Apa yang dia bekalkan di luar Matrix nanti itulah dia hartanya yang sebenar.Sampai masa,Matrix akan di'shutdown'.Segala kesenangan,rumah yang selesa,bangunan-bangunan tinggi,kenderaan,anak isteri...semuanya akan lenyap.Setiap amal perbuatannya akan dihisab.Ingat,sekiranya,Sang Penguasa Segala Matrix mula menghisab amal perbuatannya,maka binasalah dia.

"Ya Tuhan Kami,hisablah kami dengan penghisaban yang mudah"


Siapa yang mendapat pengetahuan bahawa sebenarnya dia berada di dalam Matrix maka dia adalah manusia yang amat beruntung.Namun lebih beruntung jika dia mempercayainya dan bertindak atas pengetahuan tadi.Segala tindak-tanduknya akan bersesuaian dengan pengetahuan rahsia itu.Kehidupannya di dalam Matrix akan menjadi ibarat musafir.Hanya satu persinggahan yang sementara.Dia tidak akan membuang masa di dalam stesen bas atau kapal terbang,dengan mula membina rumah-rumah atau tidur dengan nyenyak.Setiap masa dia akan bersedia untuk dipindahkan.Bukan bas,keretapi atau kapal terbang yang menunggu dia,dia yang menunggu,menanti dan bersedia bila-bila masa untuk 'dipindahkan'.

Maut tidak menunggu seseorang.

Sampai masa,kita semua akan di'plug-out'.

No comments: