welcome

Sunday 8 July 2012

MESIR, SYAM, dan TIGA BERADIK yang saling berbunuhan


Berikut adalah perkara tentang MESIR dan kronologinya dalam hadis:

Kata tabiin RH,
"Sebelum al-Mahdi, raja Syam akan terbunuh, (diikuti oleh) terbunuhnya raja Mesir. Bangsa Syam akan menawan kabilah daripada Mesir. Seorang lelaki dari Timur berangkat mengibarkan Panji-panji Hitam, yang dikatakan dia itu adalah (berasal dari) bangsa Syam dan dialah yang akan menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi."

Rusydain telah meriwayatkan kepada kami dari Ibnu Lahia'h dari Abi Qubail dari Syafa dari Tabi' dari Kaab katanya: Apabila seorang lelaki memerintah bumi Syam dan seorang lagi di Mesir, kemudian orang Syam dan orang Mesir berperang dimana orang Syam telah mengalahkan kabilah-kabilah dari Mesir dan membunuh lelaki mereka, datang seorang lelaki dari Timur membawa panji-panji hitam kecil dan memerangi pemerintah Syam, dialah yang akan meyerahkan ketaatan kepada Al Mahdi.
- Alfitan Oleh Nuaim bin Hammad (Hadis 859)
- Alurful Wardi oleh Imam Sayuti (m/s 68)
- Almalahim Walfitan (m/s 54)

Apa yang di maksudkan dgn BANGSA SYAM? Kerana Pemerintah Syam akan membunuh pemerintah MESIR kemudian barulah siri Panji Hitam bermula. Apa pendapat anda? Mari kita bincangkan.
Dari Sauban RA katanya, bersabda Rasulullah SAW :
"Akan berbunuh-bunuhan dekat tempat simpanan Kaabah kamu tiga beradik. Semuanya adalah anak-anak kepada seorang (bekas) khalifah. Kemudian tidak seorang pun antara mereka yang dapat (harta itu atau menjadi khalifah). Kemudian muncullah Panji-panji Hitam dari sebelah Timur, lalu mereka akan membunuh kamu semua dengan satu pembunuhan (yang paling dahsyat) yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana kaum pun." Kemudian baginda menyebutkan sesuatu yang saya tidak berapa ingat. Kemudian baginda bersabda, "Maka apabila kamu semua melihatnya, hendaklah kamu segera berbaiat kepadanya (Pemuda Bani Tamim itu) walaupun terpaksa merangkak di atas salji kerana di sisinya adalah Khalifah Allah, iaitu Imam Mahdi.
(Ibnu Majah)

Terbaru, di khabarkan CROWN PRINCE yang mengantikan Raja Saudi telah meninggal baru-baru ini. Apakah kronologi tentang "pergaduhan 3 adik beradik di simpanan Kaabah' akan berlaku, serentak dengan peristiwa kemenangan IKWAN MUSLIM di Mesir ini, lantas mewujudkan proksi Al-Sufyani yang bakal memerangi PANJI HITAM.



Kredit to Nusanaga