Friday, 22 June 2012

"Keagungan Kursi-Mu"

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Maksudnya,
Allah,tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,Yang Tetap hidup,Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

Fadhilat Ayat Kursi:
  • Orang yang membaca ayat al-Kursi selepas memyempurnakan solat fardhu akan dipelihara oleh Allah sehingga solat berikutnya
  • Allah swt akan menghantar dua malaikat untuk memelihara orang  yang membaca ayat al-Kursi ketika berada di tempat pembaringan sehingga waktu subuh
  • Orang yang membaca ayat al-Kursi selepas solat fardhu akan memelihara keluarga, juga rumah-rumahnya  yang berhampiran dengannya. Boleh juga dimaksudkan terpelihara daripada binatang yang mudharat, bencana  alam, kebakaran, dan jahat angkara manusia. Maka Rasulullah s.a.w menyuruh setiap arang agar melakukan sesuatu perbuatan dengan menyebut nama Allah oleh kerana iblis dan syaitan tidak berupaya mengangkat atau  membuka sesuatu yang di tutup dengan meyebut nama Allah
  • Allah tidak menegah mereka yang membaca ayat al-Kursi selepas solat fardhu masuk dalam syurga
  • Barang siapa yang keluar dari rumahnya dengan membaca ayat al-Kursi, maka Allah utuskan tujuh puluh ribu malaikat kepadanya, mereka memohon keampunan dan mendoakan baginya
  • Barang siapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari
  • Barang siapa membacanya, Allah akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid
  • Barang siapa yang membacanya ketika dalam kesempitan atau kesusahan, Allah akan menolongnya
Marilah kita bermuhasabah-diri dan bertawakal kepada Allah dan hanya Allah, Sesungguhnya hanya darai Allah tempat kita memohon perlindungan dan pertolongan. Hendaklah diingatkan bahawa pesanan dan peringatan ini bukan untuk saya sahaja tetapi untuk semua agar kita kembali mentauhidkan Allah dan kembali ke jalan Allah yang sudah sememangnya lurus. Sesungguhnya kita tidaklah sempurna dari serba serbi kerana kesempurnaan hanyalah dari Allah dan agamanya sesungguhnya islam itu adalah agama yang Kammil lagi Muttakammil. Sesungguhnya yang sempurna dan baik itu semuanya datang dari Allah dan yang buruk itu datang darai kekhilafan diri kita sendiri. Marilah kita mengamalkan pembacaan Ayat Al-Kursi in sebagai pedoman bersama dan moga-moga fadhilatnya mengiringi kehidupan kita dikemudian hari, Insya'Allah

No comments: