Thursday, 7 March 2013

Bila Jari-Jemari Bergoyang

 Hari ni pada tanggal 06/03/2013 pukol 12:05 malam,aku seperti biasa selepas saja pulang dari bertugas,masuk ke dalam bilik dan terus menghadap komputer yang dah sekian lama menjadi teman pengisi waktu-waktu yang terluang.Selepas saja butang 'On' pada komputer ku tekan,
fikiranku mengingat kembali dengan apa yang telah berlaku.Atas desakan dan faktor-faktor tertentu,aku semakin kelihatan seperti seorang yang kehilangan upaya dalam menggunakan otak untuk berfikir secara waras ketika mengambil satu-satu tndakan dan membuat keputusan yang kritis pada keadaan-keadaan tertentu dalam suasana yang cukup kritikal ataupun tidak.Aku mudah tersentuh pada hal-hal yang terlalu kecil untuk di fikir secara keterlaluan dan aku akui,cara pemikiran yang aku terapkan di minda selalunya telah memberi gambaran yang negatif di pandangan masyarakat sekeliling terhadap aku sekaligus menjadi penyebab utama adanya rasa yang cukup tidak menyenangkan bila ada yang ingin berdampingan dengan ku.Aku begitu mudah untuk memberi gambaran yang buruk terhadap sesuatu atau kata yang lebih mudah;aku terlalu prejudis dalam semua hal.Tanpa memikirkan pendapat dan pandangan orang lain,aku terlalu mudah untuk menyalahkan dan tanpa mengambil kira perasaan orang lain,aku melenting bila ada yang tak sependapat denganku walau aku tahu akan ada yang terluka dengan sikap dan perlakuan ku.
 Satu sifat buruk yang aku miliki adalah panas baran yang susah untukku ubah.Ditambah pula dengan sensitif yang melampau-lampau,aku mudah memarahi sesiapa saja yang ku rasa telah menyinggung perasaanku.Aku akan ketepikan dulu akal fikiran,aku takkan fikir samada aku di pihak yang betul atau salah.Apa yang penting,kemarahan harus ku luahkan.Bila ku merasa puas dengan kemarahan yang meluap-luap yang telahpun dilepaskan,barulah aku dapat berfikir dengan betul.Dan pada kebiasaannya,dalam satu-satu pertengkaran yang aku mulai,akan berakhir dengan permohonan maaf yang mana akulah yang selalunya melafazkan.Acapkali perasaan malu mula timbul bila aku fikirkan apa yang telah berlaku kepadaku walaupun ku tahu segalanya mungkin telah terlambat untukku menarik balik apa yang telah aku katakan ketika pertengkaran berlaku.
 Aku pernah mencuba untuk mengubah sikap burukku yang satu ni.Meminta pendapat rakan-rakan,membaca buku-buku berkaitan,melayari internet mencari fakta & penyelesaian dan bermacam inisiatif lainnya ku lakukan.Tetapi,hingga ke saat ini,aku masih gagal untuk menangani.Mark Twain iaitu seorang pensyarah yang juga seorang penulis ternama pernah berkata,''apabila anda sedang marah,hitunglah sampai empat.Apabila sedang sangat marah,keluarkanlah kata-kata cacian''.Aku suka dengan pendapat ni tapi selalunya bila aku dalam keadaan marah,tak termampu untukku mengira.Gila apa tengah marah,masa tu juga sibuk nak mengira.Dan apa yang biasa aku buat adalah menyokong pendapat beliau yang satu lagi iaitu ''keluarkanlah kata-kata cacian''.Aku tahu kata-kata dari Mark Twain ni tak banyak membantu aku sebenarnya.
 Jalan terbaik yang termampu aku fikirkan saat ini adalah,adanya sikap memahami dalam diri orang-orang yang mengenaliku.Aku berharap agar semua yang dekat denganku,merapatiku,bertanya denganku,membimbingku dan memberi pertolongan sewajarnya.Janganlah aku dihukum kerana kelemahan yang aku ada.Fahamilah aku dengan sikap buruk yang aku berusaha untuk sisihkan.Aku sedar aku terlalu mengikut perasaan.Kepada semua yang pernah terluka dengan sikapku,aku mohon agar maafkanlah segala kelemahanku..As-salam!!!

4 comments:

E'in said...

ein pun panas baran gak... huhu

Tannhayy said...

dah try ubah sikap tue??berjaya??

Anonymous said...

Saya pon sorg yg panas baran tpi ada pengalaman lalu yg membuat kan saya mampu kawal sifat tue....selepas saya merasa kehilangan.....

Tannhayy said...

Anonymous 12 March 2013 08:04:apakata awk follow sy..mgkin kita bule kongsi2 cerita :)